Print this pagePrint this page

Panduan Kes Kecemasan

KES – KES KECEMASAN YG PATUT ANDA KETAHUI DAN BERTINDAK SEGERA.

  • ANAPHYLAXIS – secara tiba tiba sesak nafas, nafas berbunyi, rasa tercekik dan terbatuk batuk,berdebar debar, bengkak muka, bengkak bibir dan lidah, ruam kemerahan seluruh badan, selsema berlebihan, mata berair dan kemerahan, sakit perut, rasa pening macam nak pengsan, muntah, pengsan.Sekiranya anda mengalami salah satu ATAU lebih daripada tanda tanda ini secara tiba tiba – bersegeralah ke HOSPITAL berdekatan atau ke klinik yg berdekatan. Ianya mungkin disebabkan oleh alahan ubat, makanan, gigitan/ sengatan serangga atau hiduan habuk dan lain lain.Keadaan ini boleh membunuh pesakit dalam tempoh beberapa minit.Suntikan adrenalin dgn dos yg tepat atau “epipen” adalah sangat sangat diperlukan dalam keadaan ini; disamping rawatan suntikan “IV Hydrocortisone” , “iv chlorpheniramine” , Nebulizer dan bantuan oxygen dan lain lain. Sesiapa yg pernah mengalami masalah ini, anda dinasihatkan supaya membeli “epipen” dan dibawa ke mana mana.Suntikan sendiri epipen ini boleh menyelamatkan nyawa anda.
  • HYPOGLYCAEMIC ATTACK – paras gula dalam darah yg terlalu rendah yg boleh membawa kematian dalam tempoh beberapa minit.Ianya sering berlaku pada pesakit kencing manis , di mana dos ubat kencing manis yg terlalu tinggi atau dos insulin yg terlalu tinggi hingga mengakibatkan paras gula menurun secara mendadak.Tanda tandanya ialah; berpeluh peluh secara berlebihan dan ketika rehat, rasa macam nak pengsan, pening, rasa terlalu lapar, rasa terlalu lemah, berdebar debar ; beberapa minit kemudian anda akan mula hilang tahap kesedaran, seumpamanya cakap merepek / “ meracau”; kemudian anda akan pengsan, sejuk seluruh badan, denyut jantung mulai perlahan dan lemah, dan akhirnya membawa KEMATIAN. Sekiranya pesakit tahu akan tanda tanda awal ini, bersegeralah bancuh dan minum air gula yg sangat pekat, kemudian bersegeralah ke klinik atau hospital yg berdekatan bagi mendapat suntikan “ IV Dextrose 50%”.Pesakit kencing manis dinasihatkan supaya membeli alat/ meter utk memeriksa paras gula di dalam darah dan diperiksa darah sekiranya anda berasa terlalu lemah/ letih atau lain lain; terutamanya bagi pesakit yg mengambil insulin.Pesakit juga dinasihatkan menyimpan gula gula dalam poket atau air pekat manis di dalam kereta, terutamanya ditakuti serangan ini berlaku ketika anda sdg memandu di lebuhraya.
  • ACUTE EXACERBATION OF BRONCHIAL ASTHMA – sesak nafas yg keterlaluan sehingga tak mampu hendak bercakap dan boleh menyebabkan kematian.Oleh itu bersegeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yg berdekatan.JANGAN bertangguh!!! Rawatan segera Nebulizer dan bantuan oxygen, suntikan IV Hydrocortisone 200mg, suntikan subcutaneous salbutamol atau bantuan pernafasan menggunakan “ventilator” di unit rawatan rapi , insyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda.Tanda tanda awal serangan asma ini ialah terbatuk batuk yg berulang ulang; oleh itu bersegeralah gunakan “salbutamol inhalor’”- sebaik baiknya menggunakan aerochamber supaya 100% kandungan inhalor itu menyerap masuk ke dalam saluran pernafasan, dan biasanya asma disebabkan oleh alahan; oleh itu bersegeralah mengambil ubat anti histamine – seperti piriton, loratidine, cetirizine dan lain lain.
  • UNSTABLE ANGINA / MYOCARDIAL INFARCTION – Serangan jantung. Sekiranya anda mengalami sakit dada sebelah kiri atau tengah dada atau ulu hati, di mana sakitnya bertambah ketika anda berjalan atau melakukan kerja dan sakitnya berkurangan ketika rehat; bersegeralah ke klinik atau hospital yg berdekatan utk dibuat pemeriksaan ECG – utk mengesan sakit serangan jantung.Ketika anda berasa sakit, pastikan anda rehatkan badan – kurangkan pergerakan, rehatkan perasaan dan fikiran – tenang supaya jantung direhatkan.Ubat GTN – yg diletakkan di bawah lidah adalah amat amat diperlukan ketika ini sementara rawatan lanjut oleh doktor.
  • CARDIAC ARRYTHMIAS – Denyut jantung yg tak seimbang dan bergerak pantas, sehinggakan jantung tidak lagi megepam darah ke seluruh badan secara cukup hinggakan mengakibatkan tekanan darah menurun secara mendadak dan boleh membawa kematian secara mengejut.Oleh itu sekiranya anda mengalami rasa berdebar debar ketika anda rehat fikiran/ perasaan dan badan; maka bersegeralah ke klinik atau hospital berdekatan utk dapatkan pemeriksaan ECG dan tindakan segera oleh doktor adalah amat amat diperlukan.
  • ACUTE PULMONARY OEDEMA – sesak nafas yg keterlaluan yg disebabkan oleh paru paru berair. Tanda tanda awal; kaki sembab bengkak – tenggelam bila ditekan dgn jari, sesak nafas bertambah apabila baring dan ketika berjalan, berasa lebih selesa jika duduk rehat dan apabila tidur terpaksa ditinggikan bantal.Sekiranya anda mengalami tanda tanda awal ini; kurangkan minum air, jangan sesekali dibenarkan mana mana staf perubatan daripada memasukkan air / drip ke dalam salur darah pesakit; kerana ianya akan menambahkan lagi keadaan teruk paru paru berair.Suntikan intravenous Lasix dan bantuan oksigen adalah amat amat diperlukan sebelum pesakit dihantar ke hospital utk rawatan lanjut.
  • Malignant / Severe Hypertension – Tekanan darah yg terlalu tinggi – BP = 180/110 dan ke atas ; boleh mengakibatkan perdarahan di dalam otak @ stroke – lumpuh sebelah badan dan boleh membawa kematian secara mengejut.Ramai pesakit yg tekanan darahnya terlalu tinggi tetapi tidak merasai sebarang tanda tanda ; seperti tidak berasa sakit kepala atau pening.Oleh itu; digalakkan setiap keluarga memiliki satu alat memeriksa tekanan darah di rumah; periksalah tekanan darah anda setiap hari dan bersegera berjumpa doktor sekiranya tekanan darah tidak berada di julat yg normal iaitu…tekanan darah normal ; bacaan atas ( sistolik) = 100 hingga 130 dan bacaan bawah ( diastolik)= 60 hingga 80; JANGAN melakukan senaman berat seumpamanya bermain bola sepak sekiranya tekanan darah anda terlalu tinggi spt 160/100; kerana senaman berat dan stress akan menambahkan lagi tekanan darah anda.Kurangkan pengambilan garam, makan ubat darah tinggi seperti yg diarahkan doktor dan yg paling penting ialah anda dikehendaki berjumpa doktor secara tetap seperti yg diarahkan; kerana dos atau ubat darah tinggi anda berkemungkinan akan diubahsuai mengikut keadaan tekanan darah anda yg terkini.Tekanan darah yg terlalu tinggi juga boleh mengakibatkan keadaan seperti di no:6 – Acute Pulmonary oedema dan juga boleh mengakibat kerosakan buah pinggang secara acute / tiba tiba. Petanda lemah sebelah badan – kaki/ tangan, kelu lidah – cakap tidak jelas, kebas sebelah badan adalah tanda tanda yg berkemungkinan anda mengalami strok.Oleh itu; bersegeralah berjumpa doktor.
  • ACUTE EPIGASTRIC PAIN – sakit di ulu hati yg teramat sangat adalah dikhuatiri anda mungkin mengalami keadaan yg merbahaya seperti Acute Pancreatitis – radang pancreas- pemeriksaan darah “serum pancreatic amylase” adalah amat amat penting , bleeding peptic ulcer – perdarahan luka dinding perut di mana tanda tandanya ialah berak berwarna hitam seperti rambut dan mungkin juga muntah darah, keadaan lain seperti serangan jantung juga boleh menyebabkan sakit di ulu hati tetapi sakit makin bertambah bila seseorang melakukan kerja – pemeriksaan ECG adalah amat amat diperlukan.
  • Yg lain lain – akan menyusul kemudian …….

Add A Comment

Add A Comment

This is a captcha-picture. It is used to prevent mass-access by robots. (see: www.captcha.net)
Code in the picture:
Your Name(*):
Comment(*):